Mengapakah Lantai Masjidil Haram
Tidak Panas? Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama
ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang
berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil
Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panas sehingga
mencecah lebih 40 darjah.
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam
dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu,
orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam
hari.
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah
seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari
Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari supaya boleh sembahyang Maghrib
berjemaah sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik
kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah,
Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah sejak akhir-akhir ini cukup
panas di mana antara 40-42 darjah celsius. Dibandingkan dengan Malaysia di mana
panasnya berada di sekitar 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi
pada pukul 3 petang waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika
malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu memerah tenaga. Berbeza halnya jika tawaf dilakukan pada siang
hari. Peluh sudah pasti akan bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
Apa begitu yang unik adalah, walaupun
mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama
sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari terus
menyinari lantai marmar.
Ini berbeza dengan lantai di jalan hendak
keluar dari pintu Marwah. Sewaktu berjalan, tapak kaki berasa sangat panas
ibarat berjalan di atas bara api. Berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan
panas tersebut.
Oleh itu kenapa lantai di tempat tawaf dan di
luar masjidil haram berbeza 180 darjah?
Ini menimbulkan rasa ingin tau. Salah satu
ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah
Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner supaya tapak kaki
peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al
Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Dulunya,
tempat tawaf tidak berjubin marmar seperti sewaktu ini. Dulu hanyalah hamparan
pasir lapang.
Beginilah keadaan kaabah sewaktu masa dahulu
Pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Jubinya
sewaktu itu dengan jarak lima meter dari Kaabah, sehingga 1375 Hijrah atau 1954
M pada masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus tanpa henti. Kini lantai
marmar untuk tawaf terbuat dari marmar terbaik berkualiti tinggi yang mampu
menahan teriknya panas matahari.
Jikalau mahu tahu sewaktu masa
dahulu tempat tawaf tidak la seluas macam sekarang, terdapat bangunan di
atas Makam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Sewaktu Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan
melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas
Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan kawasan untuk
tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan dekat
serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari
3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi
tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa
Raja Fahd. Dibina satu ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah
juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan
Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang
sama.
Jadi itu la sebabnya, jika lantai yang
digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas walaupun suhu udara sangat
panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap
jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka
demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
Teknologi pada zaman kini telah banyak
memudahkan manusia. Banyak keselesaan yang kita dapat berbanding di zaman
dahulu terutama di zaman nabi yang penuh dengan kesusahan dan kesukaran dalam
meneruskan kehidupan. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada mereka dalam soal
beribadah kepada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan