Rabu, 9 Oktober 2013

Program Ihya Ramadan Peringkat Sekolah






Tanggal 8 Julai 2013 (Isnin), satu majlis telah diadakan bagi menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak 1434H.  Majlis  Pelancaran Sambutan Ihya’ Ramadhan Peringkat    Sekolah ini telah berlangsung di Dataran Tun Fatimah, SMK Ade Putra dan    dilancarkan oleh tuan    pengetua, Encik Hamdan bin Hashim.

Program Ihya’  Ramadhan akan berlangsung selama     sebulan sepanjang bulan     Ramadhan dengan bertemakan ‘Semarakkan Pesta Ibadah’.

Program ini bertujuan untuk melahirkan generasi murid yang cinta dan bangga terhadap agama Islam di samping membudayakan akhlak Islam dalam kehidupan seharian sehingga menjadi muslim yang beriman dan bertaqwa.

Satu ceramah khas Ihya’ Ramadhan turut diadakan dalam majlis ini. Penceramah jemputan ialah Ustaz Zakaria bin Ismail dari SMA JAIM Darul Falah, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Majlis turut diserikan dengan Kuiz Spontan dan persembahan  Pantomim oleh murid-murid ‘Rakan Surau’. Semoga program seumpama ini akan diberkati Allah SWT dan diteruskan dari semasa ke semasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan