Isnin, 25 Ogos 2014

Program Gotong-Royong Jiwa Murni Surau Arrahmaniah








Program ini telah di adakan pada 23 Ogos 2014 di kawasan persekitaran surau Arrahmaniah. Semua warga Ade Putra telah berganding bahu mengambil bahagian untuk membersihkan kawasan surau. Pihak Majlis Perbandaraan Alor Gajah dan ibu bapa turut serta membantu bagi melicinkan aktiviti gotong-royong tersebut. Syabas SMK Ade Putra.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Program Keindahan Bersama Islam Siri 6




Pada 15 Ogos 2014 bersamaan hari Jumaat bermula jam 2.30 hingga 6.00 petang, Program Keindahan Bersama Islam siri 6 telah berjaya dilaksanakan di surau Arrahmaniah SMK Ade Putra.  Ustaz jemputan iaitu Ustaz Dr Mohd Nabil dari IKRAMTEENS telah sudi memberi tazkirah yang bermanfaat kepada anak didik Ade Putra. Setelah tamat tazkirah dan beramah mesra bersama anak didik jamuan hari raya dapat dijayakan bersama-sama. Tahniah SMK Ade Putra.

Khamis, 14 Ogos 2014

Program Sumbangan Buku Agama Untuk Surau Ar Rahmaniah

 Ustaz Abdullah Bin Ab,Wahab Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKAP sedang menerima sumbangan buku buka agama daripada pelajar pelajar yang bermurah hati dari Tingkatan 3 Cekal SMK Ade Putra.








Program baik pulih Al Quran dan buku-buku agama

Tarikh pelaksanaan :13 Ogos 2014
Tempat : Surau Ar Rahmaniah SMK Ade Putra
Pelajar terlibat : Tingkatan 4B dan 2D


Selasa, 12 Ogos 2014

PROGRAM SUPER STUDENT (3S)







Program Super Student (3S) khas untuk murid-murid tingkatan 5. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta pihak Soul Power yang telah di adakan pada 12 Ogos 2014 bertempat di surau Arrahmanaiah SMK Ade Putra. Tujuan program ini di adakan untuk memberi motivasi sahsiah serta akademik untuk murid-murid ini supaya mereka dapat kejayaan dalam peperiksaan SPM kelak. Tahniah SMK Ade Putra.

Khamis, 7 Ogos 2014

Tazkirah Jumaat Selepas Bacaan Yaasin

Setiap Jumaat bermula jam 7.15 pagi, tazkirah yang di kelolakan oleh Panitia Pend. Islam SMKAP akan disampaikan oleh guru-guru. Tazkirah berbentuk ilmiah agama dan mengajak murid-murid ke arah kesedaran masa depan  ini amat berguna kepada murid-murid.

Lawatan Sektor Pendidikan Islam JPN dan PPD Alor Gajah Ke Surau Arrahmaniah SMK Ade Putra

Pada 7 Ogos 2014, Sektor Pend. Islam JPN serta PPD Alor Gajah telah melakukan lawatan mengejut ke Surau Arrahmaniah SMK Ade Putra. Lawatan pihak berkenaan telah diiringi oleh Tuan Pengetua SMK Ade Putra iaitu Pn Hjh Zaleha bte Ahmad. Mengikut laporan awal daripada pihak JPN Melaka, surau Arrahmaniah telah terpilih ke peringkat seterusnya untuk pertandingan surau peringkat kebangsaan. Taniah SMK Ade Putra

MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN KHATAM AL-QURAN








Program sumbangan hari raya adalah merupakan program tahunan sekolah bertujuan untuk meringankan beban murid yang kurang berkemampuan dan anak yatim pada musim perayaan. Program ini adalah anjuran Badan Kebajikan SMK Ade Putra, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Video Maulidur Rasul SMK Ade Putra 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1535H/2014M







Majlis ini telah di adakan pada 17 Januari 2014 di Dataran Tun Fatimah SMK Ade Putra. Ustaz Hj Arshad b. Hj Abd Rashid telah sudi memberi ceramah Maulidur Rasul dalam majlis ini.