Sejarah


LATAR BELAKANG SURAU AR-RAHMANIAH SMK ADE PUTRA
Surau merupakan syiar sesebuah masyarakat yang perlu dimakmurkan agar kewujudannya dapat dimanfaatkan bersama-sama. Bagi memenuhi tuntutan semasa, Jawatankuasa Surau SMK Ade Putra rasa terpanggil untuk menyediakan prasarana surau yang kondusif bagi warga sekolah khususnya kalangan murid untuk  menunaikan solat berjemaah dan melakukan aktiviti-aktiviti yang  bercorak keagamaan. Surau ini dapat memuatkan sekitar tiga ratus orang jemaah dalam satu-satu  masa. Dari sudut sejarahnya, Surau SMK Ade Putra yang diberi nama Surau Ar-Rahmaniah telah dibina pada tahun 1998 atas kerjasama dan sumbangan daripada warga SMKAP, ibubapa dan masyarakat setempat. Lokasinya berhampiran pintu masuk sekolah dikira strategik kerana dapat menampilkan imej komuniti sekolah yang hampir 98% daripadanya  dalam kalangan masyarakat  Islam, bahkan sekaligus menjadi mercu kepada misi, visi dan objektif sekolah yang memacu kecemerlangan tanpa meminggirkan soal akhlak dan akidah. Ia secara rutinnya digunakan bagi tujuan menunaikan solat Zuhur secara berjemaah dan pengukuhan amali solat setiap hari bagi setiap tingkatan secara bergilir-gilir. Namun memandangkan faktor usia dan keuzuran fizikal terdapat perkara-perkara yang perlu diambil tindakan segera bagi memastikan surau dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan berada dalam keadaan selamat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan