Khamis, 4 September 2014

PROGRAM JOM SOLAT SMK ADE PUTRA 2014

Program Jom Solat merupakan satu program bagi melatih dan memdidik pelajar dan semua warga sekolah mendirikan solat lima waktu secara berjamaah. Hadis diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Solat berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan solat secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran". (H.R. Bukhari & Muslim). Dengan menunaikan solat secara berjemaah sebenarnya kita sedang memperteguhkan dan menyatukan diri kita dalam satu barisan umat islam, kita juga sedang melaksanakan tuntutan Islam untuk taat kepada kepimpinan dengan latihan mengikut imam.
Solat secara berjamaah juga dapat membantu kita saling kenal mengenal di antara satu sama lain di samping mengeratkan hubungan silaturrahim, membiasakan melibatkan diri dalam masyarakat khasnya warga sekolah dan tolong-menolong dalam melakukan kerja-kerja amal. Selain itu, sebagai satu usaha untuk mengimarahkan masjid dan surau sekolah sebagai pusat bagi penyatuan dan kekuatan warga sekolah terutamanya bagi para pelajar. Di sini kita saling nasihat menasihati dengan perkataan yang baik dan lemah lembut, memberikan kritikan yang membina, memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan diri serta para pelajar khasnya, membanteras penyelewengan dan kemungkaran serta memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melakukan gerak kerja seharian.
Tujuan program ini di jalankan adalah merupakan satu program bagi melatih dan mendidik pelajar mendirikan solat lima waktu secara berjamaah.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan