Program ini telah di adakan pada 13 November 2014 di Surau Ar-Rahmaniah SMK Ade Putra. Murid ting 3 serta guru yang bertugas telah dapat menyempurkan program yang banyak memberi manfaat ke arah pembentukan aqidah dan sahsiah yang betul serta sempurna
Khamis, 13 November 2014
Jumaat, 26 September 2014
PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN 2014
Program solat hajat dan bacaan Yassin adalah merupakan program tahunan sekolah . Ia bertujuan untuk memohon keberkatan dari ALLAH SWT dan salah satu usaha terakhir murid sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Selain itu, ia juga merupakan satu pendekatan untuk mengajak seluruh warga SMKAP dan ibu bapa bersama-sama meletakkan penghargaan tertinggi kepada ALLAH SWT dalam segala perkara.
Khamis, 4 September 2014
PROGRAM JOM SOLAT SMK ADE PUTRA 2014
Program Jom Solat merupakan satu program bagi melatih dan memdidik pelajar dan semua warga sekolah mendirikan solat lima waktu secara berjamaah. Hadis diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Solat berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan solat secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran". (H.R. Bukhari & Muslim). Dengan menunaikan solat secara berjemaah sebenarnya kita sedang memperteguhkan dan menyatukan diri kita dalam satu barisan umat islam, kita juga sedang melaksanakan tuntutan Islam untuk taat kepada kepimpinan dengan latihan mengikut imam.
Solat secara berjamaah juga dapat membantu kita saling kenal mengenal di antara satu sama lain di samping mengeratkan hubungan silaturrahim, membiasakan melibatkan diri dalam masyarakat khasnya warga sekolah dan tolong-menolong dalam melakukan kerja-kerja amal. Selain itu, sebagai satu usaha untuk mengimarahkan masjid dan surau sekolah sebagai pusat bagi penyatuan dan kekuatan warga sekolah terutamanya bagi para pelajar. Di sini kita saling nasihat menasihati dengan perkataan yang baik dan lemah lembut, memberikan kritikan yang membina, memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan diri serta para pelajar khasnya, membanteras penyelewengan dan kemungkaran serta memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melakukan gerak kerja seharian.
Tujuan program ini di jalankan adalah merupakan satu program bagi melatih dan mendidik pelajar mendirikan solat lima waktu secara berjamaah.
Tujuan program ini di jalankan adalah merupakan satu program bagi melatih dan mendidik pelajar mendirikan solat lima waktu secara berjamaah.
Isnin, 1 September 2014
Aktiviti Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKAP di musim peperiksaan
Ikhlas untuk Ibu-bapa dan adik-adik yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM 2014 buatlah sendiri jampi kismis atau air mineral ini.bacalah surah-surah berikut dalam keadaan berwuduk dan penuh tertil.
ISTIHGFAR 7x .
SELAWAT 7x .
FATIHAH 7x .
AL-IKHLAS 7x .
AL-FALAQ 7x .
AN-NAS 7x .
AYAT KURSI 7x .
AL-INSYIRAH 40x
ISTIHGFAR 7x .
SELAWAT 7x .
FATIHAH 7x .
AL-IKHLAS 7x .
AL-FALAQ 7x .
AN-NAS 7x .
AYAT KURSI 7x .
AL-INSYIRAH 40x
Isnin, 25 Ogos 2014
Program Gotong-Royong Jiwa Murni Surau Arrahmaniah
Program ini telah di adakan pada 23 Ogos 2014 di kawasan persekitaran surau Arrahmaniah. Semua warga Ade Putra telah berganding bahu mengambil bahagian untuk membersihkan kawasan surau. Pihak Majlis Perbandaraan Alor Gajah dan ibu bapa turut serta membantu bagi melicinkan aktiviti gotong-royong tersebut. Syabas SMK Ade Putra.
Sabtu, 16 Ogos 2014
Program Keindahan Bersama Islam Siri 6
Pada 15 Ogos 2014 bersamaan hari Jumaat bermula jam 2.30 hingga 6.00 petang, Program Keindahan Bersama Islam siri 6 telah berjaya dilaksanakan di surau Arrahmaniah SMK Ade Putra. Ustaz jemputan iaitu Ustaz Dr Mohd Nabil dari IKRAMTEENS telah sudi memberi tazkirah yang bermanfaat kepada anak didik Ade Putra. Setelah tamat tazkirah dan beramah mesra bersama anak didik jamuan hari raya dapat dijayakan bersama-sama. Tahniah SMK Ade Putra.
Khamis, 14 Ogos 2014
Program Sumbangan Buku Agama Untuk Surau Ar Rahmaniah
Ustaz Abdullah Bin Ab,Wahab Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKAP sedang menerima sumbangan buku buka agama daripada pelajar pelajar yang bermurah hati dari Tingkatan 3 Cekal SMK Ade Putra.
Program baik pulih Al Quran dan buku-buku agama
Tarikh pelaksanaan :13 Ogos 2014
Tempat : Surau Ar Rahmaniah SMK Ade Putra
Pelajar terlibat : Tingkatan 4B dan 2D
Langgan:
Catatan (Atom)