Rabu, 17 Jun 2015

Jumaat, 23 Januari 2015

Majlis Maulidur Rasul 2015






Majlis ini telah diadakan pada 23 Januari 2015 bertempat di Dataran Tun Fatimah SMK Ade Putra.  Penceramah jemputan ialah Ustaz Ikmal Ismail.  Beliau adalah bekas murid SMK Ade Putra.

Khamis, 13 November 2014

PROGRAM PEMANTAPAN AQIDAH DAN PENGUKUHAN SAHSIAH SMK ADE PUTRA

Program ini telah di adakan pada 13 November 2014 di Surau Ar-Rahmaniah SMK Ade Putra. Murid ting 3 serta guru yang bertugas telah dapat menyempurkan program yang banyak memberi manfaat ke arah pembentukan aqidah dan sahsiah yang betul serta sempurna









Jumaat, 26 September 2014

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN 2014

Program solat hajat dan bacaan Yassin adalah merupakan program tahunan sekolah . Ia bertujuan untuk memohon keberkatan dari ALLAH SWT dan salah satu usaha terakhir murid sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Selain itu, ia juga merupakan satu pendekatan untuk mengajak seluruh warga SMKAP dan ibu bapa bersama-sama meletakkan penghargaan tertinggi kepada ALLAH SWT dalam segala perkara.






















Khamis, 4 September 2014

PROGRAM JOM SOLAT SMK ADE PUTRA 2014

Program Jom Solat merupakan satu program bagi melatih dan memdidik pelajar dan semua warga sekolah mendirikan solat lima waktu secara berjamaah. Hadis diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Solat berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan solat secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran". (H.R. Bukhari & Muslim). Dengan menunaikan solat secara berjemaah sebenarnya kita sedang memperteguhkan dan menyatukan diri kita dalam satu barisan umat islam, kita juga sedang melaksanakan tuntutan Islam untuk taat kepada kepimpinan dengan latihan mengikut imam.
Solat secara berjamaah juga dapat membantu kita saling kenal mengenal di antara satu sama lain di samping mengeratkan hubungan silaturrahim, membiasakan melibatkan diri dalam masyarakat khasnya warga sekolah dan tolong-menolong dalam melakukan kerja-kerja amal. Selain itu, sebagai satu usaha untuk mengimarahkan masjid dan surau sekolah sebagai pusat bagi penyatuan dan kekuatan warga sekolah terutamanya bagi para pelajar. Di sini kita saling nasihat menasihati dengan perkataan yang baik dan lemah lembut, memberikan kritikan yang membina, memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan diri serta para pelajar khasnya, membanteras penyelewengan dan kemungkaran serta memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melakukan gerak kerja seharian.
Tujuan program ini di jalankan adalah merupakan satu program bagi melatih dan mendidik pelajar mendirikan solat lima waktu secara berjamaah.